Bahan-bahan
- 250 gmGula
- 325 gm Glucose
- 50 gm Air
- 75 gm Putih Telur
- 125 - 200 gm campuran kacang yang sudah dibakar
- Masakkan gula, glucose dan air sehingga berwarna agak kekuningan.
- Sementara itu pukulkan putih telur separuh kembang dan terus masukkan separuh daripada air gula tadi, pukul kenbang.
- Masukkan baki air gula dan pukul lagi hingga pekat n likat serta adunan agak sejuk.
- Digalakkan menggunakan mesin pengadun yang tahan lasak.
- Campurkan kekacang, kacau sebentar sahaja.
- Tuang adunan atas meja atau dulang yang telah diletak gula ising. ratakan dan biarkan sejuk.
- Potong mengikut saiz yang dikehendaki dan celup dalam coklat masakan, keringkan dan boleh dihidangkan.
- Gula ising digunakan agak banyak bagi mengelakkan adunan melekat di dulang, meja serta pisau pemotong.
- SELAMAT MENCUBA
2 comments:
Salam,kak rina..glucose tue dimasak bersama gula secara double boil atau masak atas dapur cm biasa..?
Masak mcmbiasa atas dapur, api sedang2 jer.
Post a Comment