ICE CREAM COFFEE AND NUT BRITTLE ( CARAMEL NUT )

RESEPI

BAHAN UNTUK NUT BRITTLE
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sb mentega
  • 1/4 cawan corn syrup or madu
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan gajus cincang bakar ( bleh guna ape-ape jenis kekacang yang digemari )
CARA-CARA
  1. Sapukan dulang dengan sedikit mentega.
  2. Masak gula, mentega dan corn syrup hingga keperangan ( guna api sederhana ). Jangan sampai hangus.
  3. Dengan segera masukkan soda dan kacau sikit.
  4. Masukkan gajus cincang, kacau dan tuang dalam dulang.
  5. Biarkan sejuk, kemudian cincang kasar.


BAHAN UNTUK AIS KRIM
  • 4 biji kuning telur
  • 120 gm gula
  • 360 ml susu segar
  • 360 gm UHT whipping cream
  • 1 sb instant coffee
CARA-CARA 
  1. Panaskan susu dan masukkan coffee.
  2. Pukul sekejap kuning telur dan gula.
  3. Masukkan sedikit campuran susu panas kedalam campuran telur, kacau sedikit dan masukkan baki susu tadi. Cara ini bertujuan mengelakkan telur masak berketul.
  4. Masakkan bancuhan tadi sehingga agak pekat. ( boleh guna belakang sudu untuk uji kepekatan )
  5. Tapis dan campurkan cream.
  6. Sejukkan dan biarkan didalam peti sejuk seeloknya semalaman.
  7. Masukkan dalam ice cream maker selama 30 -40 min
  8. 5 min sebelum selesai memproses, masukkan nut brittle yang telah dicincang.
  9. Simpan dalam peti beku sehingga keras. Bolehlah dihidang mengikut citarasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...